woha! ini aku punye blog yang kedua. Setelah blog yang pertama telah diculik tidak boleh dikesan. Dem! Dengan penat lelah aku mencipta karangan yang panjang lebar , tup tup dah hilang. Bengang gila time tuh. Dah puas aku try, tapi tetap tak dapat. Seingat aku, password blog itu berbunyi '' ke****00! '' ( hehe! )
Lepas berbulan bulan meninggalkan blog yang telah hilang itu, rakan rakan aku bertanyakan tentang ia.
" wehh, ape name blog kau? Aku nak usha " . Pehhh. Berdesing telinga aku. Sepantas kilat aku teringatkan blog aku yang dulu. Yang TER-comel , yang TER-hebat , yang TER-anggun dan yang TER-class sekali tu ( poyo ahh ).Aku terdiam. Patut kah aku buat blog yang lain? Ahhhhh. Ini bagaikan aku telah curangg!! Lantas aku beredar dari situ. Aku berdiri dan menuju ke arah Farah. Aku luahkan isi hati sambil menangis nangis ( drama sikit ). Si Farah pun buat muke cam blur. Bangang la budak ni. Pelajar yang tidak ade perasaan langsung~ cisss
Bape minggu lepas tuh ( hari ini ), aku putuskan untuk buat balik blog aku tuh. Kalau blog dulu punye, background dy warna hitam putih. And the new one, aku menampilkan blog yang warne hijau ( rambang mate sebenarnya ).
Huhhhhhhhh. Malas sudahh aku mahu menaip. Tekan keyboard cm mayat hidup je duhh. Hakhak. Lantak lahhh. Nak pi buat assignment nih ( budak rajin ). Daaaaa mangkukk ~